Tuesday 28 June 2011

Fesyen Terkini Pelajar Sekolah :)

Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia kepada Bloggers dan pembaca sekalian :)

Kami ingin menceritakan serba sedikit tentang fesyen yang kian melanda di kalangan pelajar sekolah terutamanya perempuan yang gemar bergaya. Fenomena rantai ikon burung hantu atau lebih dikenali sebagai OWL NECKLACE kini menjadi kegilaan ramai pelajar sekolah terutamanya kelas kami iaitu kelas 3 AMANAH yang sering mengikuti perkembangan fesyen terkini. 

Kami bertiga juga sudah pun memiliki rantai ikon burung hantu tersebut. Salah satu faktor utama mengapa pelajar perempuan menjadi gila dengan rantai ikon burung hantu kerana:

#1. Reka bentuknya yang menawan

#2. Rupa ikon burung hantu yang comel 
#3.Mudah dipegang dan disimpan di sudut-sudut yang kecil 

#4. Kilauan batu permata yang terdapat pada mata ikon burung hantu

#5. Membuatkan seseorang itu lebih yakin ketika memakainya kerana ia mempunyai pelbagai rahsia yang misteri di sebalik ikon burung hantu tersebut.

Ini adalah salah satu contoh rantai ikon burung hantu yang menjadi kegilaan pelajar perempuan :































Entry ini ikhlas diceritakan oleh kami :)