Wednesday 29 June 2011

Kelasku : 3 Amanah ♥

Salam Satu Malaysia kepada pembaca yang dihormati sekalian.


Terlebih dahulu, kami ingin menyatakan bahawa kelas 3 Amanah, sememangnya cantik dan ceria. Gambar di atas menunujukkan pelajar-pelajar kelas 3 Amanah yang ceria. Selain itu, mereka juga amat aktif dalam pelbagai bidang dan aktiviti terutamanya dalam bidang kokurikulum. Pelajar kelas 3 Amanah juga pernah dinobatkan  sebagai kelas terbersih di antara tingkatan tiga kerana sikap kerjasama di antara satu sama lain.

3 Amanah ialah sebuah kelas tingkatan tiga yang kedua di antara lapan buah kelas tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz.. 3 Amanah terletak di bangunan yang baru dibina pada tahun 2009 dan baru sahaja diduduki pada tahun 2011.

Oleh kerana pengetua sekolah kami iaitu, Puan Salehar Bt Yaakop, merangkap ibu angkat kepada murid-murid kelas 3 Amanah secara rasminya ♥


Kami begitu menyayanginya dan beliau juga sentiasa menjaga kami dari segi akademik mahupun kokurikulum. Beliau juga sering bertemu kami jika beliau mempunyai waktu terluang. Puan Salehar juga sering berunding dengan kami tentang pencapaian peperiksaan kami. Di situlah kami sedar bahawa kami perlu berusaha demi mengharumkan serta menaikkan nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ agar beliau bangga dengan kami.

Dipendekkan cerita, 3 Amanah memang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pengetua sekolah.

Sekian terima kasih :)

Entry ini ikhlas diceritakan oleh kami :)

Tuesday 28 June 2011

Kenali Kami, Admin Blog Ini :))

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua blogger dan pembaca sekalian :)

Kami merupakan admin bagi blog ini dan kami berasa bangga kerana dapat menulis tentang kelas kami di blog ini. Blog ini mempunyai admin seramai 3 orang. Kami juga memainkan pelbagai peranan yang penting demi menghasilkan blog yang cantik dan menarik. Lupa pula untuk memperkenlakan diri, kami sebenarnya daripada sekolah yang sama dan kami juga belajar di kelas yang sama iaitu 3 Amanah. Kami berhasrat untuk menceritakan tentang kegiatan serta aktiviti-aktiviti yang menarik di kelas kami.





Kami semua ialah admin bagi blog ini.

Atas sekali,

Nurul Nasiha :)

atau lebih dikenali sebagai,

Sayhavril Simpson.

Yang kedua,

Nurul Syuhada :)

 atau lebih dikenali sebagai,

Grey Syaa Chance.

Yang ketiga,

Zarith Nuraqilah :) 

atau lebih dikenali sebagai.

Zarieth Bieber :)

Terakhir sekali,

Erzaty Xylemm :) 

Kami bertiga berusaha untuk menghasilkan sebuah blog yang kreatif serta menarik. Kami juga telah banyak mempelajari pelbagai ilmu blog di beberapa blog yang menyediakan pelbagai tutorial yang menarik. Di antara blog yang telah banyak membantu kami ialah :




Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada blog tersebut.

JUTAAN terima kasih, juga diucapkan kepada :

MISS ROZANA DIANA  ♥

Beliau telah banyak membantu kami dalam menyiapkan blog ini. Tanpa cikgu, tidak mungkin kami dapat mengahsilkan blog yang sebaik ini :)

Sekian terima kasih :))

 

Entry ini ikhlas diceritakan oleh kami :)

Fesyen Terkini Pelajar Sekolah :)

Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia kepada Bloggers dan pembaca sekalian :)

Kami ingin menceritakan serba sedikit tentang fesyen yang kian melanda di kalangan pelajar sekolah terutamanya perempuan yang gemar bergaya. Fenomena rantai ikon burung hantu atau lebih dikenali sebagai OWL NECKLACE kini menjadi kegilaan ramai pelajar sekolah terutamanya kelas kami iaitu kelas 3 AMANAH yang sering mengikuti perkembangan fesyen terkini. 

Kami bertiga juga sudah pun memiliki rantai ikon burung hantu tersebut. Salah satu faktor utama mengapa pelajar perempuan menjadi gila dengan rantai ikon burung hantu kerana:

#1. Reka bentuknya yang menawan

#2. Rupa ikon burung hantu yang comel 
#3.Mudah dipegang dan disimpan di sudut-sudut yang kecil 

#4. Kilauan batu permata yang terdapat pada mata ikon burung hantu

#5. Membuatkan seseorang itu lebih yakin ketika memakainya kerana ia mempunyai pelbagai rahsia yang misteri di sebalik ikon burung hantu tersebut.

Ini adalah salah satu contoh rantai ikon burung hantu yang menjadi kegilaan pelajar perempuan :































Entry ini ikhlas diceritakan oleh kami :)