Wednesday 29 June 2011

Kelasku : 3 Amanah ♥

Salam Satu Malaysia kepada pembaca yang dihormati sekalian.


Terlebih dahulu, kami ingin menyatakan bahawa kelas 3 Amanah, sememangnya cantik dan ceria. Gambar di atas menunujukkan pelajar-pelajar kelas 3 Amanah yang ceria. Selain itu, mereka juga amat aktif dalam pelbagai bidang dan aktiviti terutamanya dalam bidang kokurikulum. Pelajar kelas 3 Amanah juga pernah dinobatkan  sebagai kelas terbersih di antara tingkatan tiga kerana sikap kerjasama di antara satu sama lain.

3 Amanah ialah sebuah kelas tingkatan tiga yang kedua di antara lapan buah kelas tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz.. 3 Amanah terletak di bangunan yang baru dibina pada tahun 2009 dan baru sahaja diduduki pada tahun 2011.

Oleh kerana pengetua sekolah kami iaitu, Puan Salehar Bt Yaakop, merangkap ibu angkat kepada murid-murid kelas 3 Amanah secara rasminya ♥


Kami begitu menyayanginya dan beliau juga sentiasa menjaga kami dari segi akademik mahupun kokurikulum. Beliau juga sering bertemu kami jika beliau mempunyai waktu terluang. Puan Salehar juga sering berunding dengan kami tentang pencapaian peperiksaan kami. Di situlah kami sedar bahawa kami perlu berusaha demi mengharumkan serta menaikkan nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ agar beliau bangga dengan kami.

Dipendekkan cerita, 3 Amanah memang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh pengetua sekolah.

Sekian terima kasih :)

Entry ini ikhlas diceritakan oleh kami :)